SESI PERBINCANGAN BAGI PROGRAMTVET@OKU BERSAMA PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PPDK) MUTIARA KASIH FELDA SELENDANG, KUALA ROMPIN, PAHANG

🎯 Tarikh : 25 SEPTEMBER 2026 (JUMAAT)
🏘Tempat : PPDK MUTIARA KASIH FELDA SELENDANG, KUALA ROMPIN
Kolej Komuniti Rompin telah mengadakan sesi perbincangan dan lawatan tapak di PPDK Mutiara Kasih Felda Selendang mengenai program TVET@OKU bersama 10 orang peserta yang berdaftar dengan PPDK tersebut bagi melaksanakan Projek Snack Delight yang akan berlangsung pada bulan Oktober 2026.
.
Perbincangan bersama telah dilaksanakan dengan Pn Khatijah binti Samsuri, pengurus PPDK bersama Ketua Unit PSH dan pensyarah Program Kulinari, Kolej Komuniti Rompin. Juga meninjau keadaan dan lokasi untuk pelaksanaan projek tersebut.
.
Semoga pertemuan ini membuka laluan meningkatkan kemahiran TVET kepada kumpulan sasar Orang Kurang Upaya dan memberi manfaat kepada keduanya dan dapat membina kerjasama erat melalui perlaksanaan Program TVET@OKU. Semoga dapat dilaksanakan dengan jayanya.