PROGRAM LAWATAN INDUSTRI KE MALAYSIA HVACR EXPO (MARVEX) 2026, KLCC

📅 Tarikh: 25 September 2026
📍 Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
👨‍🏫 Pensyarah Pengiring:
Ts. Zikriah binti Zakaria
Ts. Khairul Izwan bin Abdul Wahab
En. Hasrul Nizam bin Hashim
🧑‍🎓 Peserta: 15 orang pelajar Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU)
Seramai 15 orang pelajar Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU) telah menyertai Program Lawatan Industri ke Malaysia HVACR Expo (MARVEX) 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.
Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pendedahan secara langsung terhadap perkembangan terkini dalam industri penyejukan, penyamanan udara dan pengudaraan, termasuk teknologi, peralatan serta produk yang dipamerkan oleh pelbagai syarikat dan industri.
Sepanjang lawatan, para pelajar berpeluang mengunjungi reruai pameran, berinteraksi dengan wakil industri serta mendapatkan maklumat berkaitan produk dan teknologi yang digunakan dalam industri HVAC&R. Pelajar turut menjalankan tugasan dengan memilih syarikat pameran tertentu untuk mendapatkan maklumat, gambar serta bahan seperti brosur dan katalog sebagai rujukan pembelajaran.
Program ini diharapkan dapat menghubungkan pembelajaran di dalam kelas dengan perkembangan sebenar industri, di samping menambah pengetahuan, meningkatkan kefahaman teknikal serta memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalam bidang penyejukan dan penyamanan udara. ❄️🔧🏢