PROGRAM LAWATAN INDUSTRI PROGRAM SKE KE PAHANG SKILLS DEVELOPMENT CENTRE

🗓Tarikh: 24 September 2026 (Khamis)
⏰Masa: 9.00 pagi – 7.00 petang
🏠Tempat: Pahang Skills Development Centre, Kuantan
👨‍🏫Pensyarah Pengiring: • Ts. Abdul Moid bin Mohd Noor
• En. Mohd Hafiz bin Rosli
• En Zulkhabri bin Md Kardi @ Md Kadri
• En Mohd Shahrulnizam bin Jamaluddin
🧑‍🎓Peserta: 44 orang pelajar SKE 3a & 3B
- Lawatan industri ini dianjurkan oleh Kelab SKE bagi mendedahkan pelajar kepada Sistem Fotovoltaik (PV) Solar serta memahami komponen utama sistem solar seperti panel PV, inverter, pengawal pengecas (charge controller), dan sistem bateri penyimpan tenaga. persekitaran sebenar industri solar di Malaysia.
- Pelajar berpeluang melihat secara langsung kaedah pemasangan panel solar yang betul, pengurusan kabel, penyambungan ke grid elektrik, serta penyelenggaraan berkala.
- Pendedahan ini membantu pelajar memahami keutamaan amalan keselamatan elektrik, kerja-kerja di tempat tinggi, dan penggunaan Peralatan Pelindung Diri (PPE) mengikut piawaian industri.
- Sepanjang lawatan, pelajar disedahkan kepada prosesPentauliahan & Persijilan Profesional dalam bidang solar di Malaysia. Mengetahui syarat-syarat, ujian, dan kelayakan untuk menjadi Pemasang / Juruteknik / Jurutera Bertauliah (SCA/PW4/Seda Qualified).
- Pelajar didedahkan kepada pelbagai bidang kerja seperti pereka bentuk sistem solar (solar designer), pengurus projek tenaga, juruteknik penyelenggaraan, dan perunding kecekapan tenaga serta memahamipotensi pasaran dan dasar kerajaan berkaitan Tenaga Boleh Baharu (TBB/RE), seperti Skim Net Energy Metering (NEM) dan sasaran kelestarian negara.
- Diharapkan lawatan ini menjadi pencetus inspirasi dan pengalaman berharga buat pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.
𝐊𝐊𝐑𝐏: 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝.𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐬𝐢𝐟.𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟