KKRP TERAJU PEMBELAJARAN SEBENAR: OJT PROGRAM OPERASI PERHOTELAN BERSAMA ROMPIN BEACH RESORT

Kolej Komuniti Rompin (KKRP) telah membawa pelajar Sijil Operasi Perhotelan keluar daripada bilik kuliah ke persekitaran industri melalui Latihan Mod Pembelajaran On Job Training (OJT) bagi maksud Industry on Campus (IOC) Sesi I 2026/2027.
📌 Program:
Latihan Mod Pembelajaran On Job Training (OJT) bagi maksud Industry on Campus (IOC)
📅 Tarikh:
Siri 1 – Sabtu, 12 September 2026
Siri 2 – Sabtu, 19 September 2026
📍 Lokasi:
Rompin Beach Resort
Sepanjang program ini, para pelajar didedahkan dengan operasi sebenar dalam bidang House Keeping serta Food and Beverage (F&B). Pendedahan secara langsung ini memberi peluang kepada mereka untuk memahami tuntutan persekitaran kerja sebenar, memantapkan kesediaan kerjaya dan memperkukuh kemahiran insaniah yang amat dihargai oleh industri perhotelan.
Pelajar Sijil Operasi Perhotelan yang terlibat:
Siri 1 – 12 September 2026
📌 Norqistina Mardiyah Binti Norhisyam
📌 Nur Qhaidatul Alieya Binti Zainuddin
📌 Nur Ain Athirah Binti Mat Ghani
📌 Vinitha A/P Ramasandran
Siri 2 – 19 September 2026
📌 Safwan Tafhim Bin Mohd Nor Sahrul
📌 Muhammad Aliff Syahmi Bin Mohamad Misnan
📌 Noor Syahfiera Ridiani Binti Rohaizad
📌 Muhammad Irfan Danish Bin Mohd Syahril
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak Rompin Beach Resort atas kesudian membuka ruang pembelajaran kepada pelajar kami. Semoga pengalaman ini menjadi batu loncatan melahirkan graduan perhotelan yang mahir, berketerampilan dan sedia berkhidmat dalam industri!