Telah berlangsung Bengkel Pengucapan Awam yang dihadiri oleh 26 orang calon pelajar yang layak bertanding bagi Pilihan Raya Kampus KKRP Tahun 2024. Pelajar diberi pendedahan kaedah menulis manifesto dengan baik dan teknik pengucapan awam yang berkesan. Bengkel ini juga adalah persediaan bagi Rapat Umum yang akan diadakan pada 19 Februari 2024 (Isnin).