Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid melibatkan 55 orang peserta yang terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber SMK Sungai Puteri. Di akhir kursus, peserta telah berjaya mengaplikasikan kemahiran mengurus diri dan organisasi masing-masing serta dapat memupuk semangat kerjasama yang baik dan saling menghormati sesama mereka. Semoga pelajar dapat memanfaatkan sebaik mungkin segala ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari.