Telah berlangsung Kursus Latihan Pengendali Makanan anjuran bersama Kolej Komuniti Rompin dengan Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit, Muadzam Shah yang dihadiri oleh 30 orang peserta pengusaha dan peniaga makanan dari sekitar Muadzam Shah. Tenaga pengajar kursus ialah Pn Fuzanah dari Fuzen Enterprise dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Peserta telah didedahkan dengan aspek kebersihan pengendali makanan, amalan baik yang perlu diamalkan oleh setiap pengendali makanan, aspek keselamatan makanan serta kebersihan premis . Diharapkan ilmu yang dikongsi dimanfaatkan sebaiknya sebagai pengusaha industri makanan.