Tarikh : 01 Mac 2024 Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bengkel Kulinari, Kolej Komuniti Rompin
Pengajar : Puan Hasmahani binti Mahusin
Pensyarah Pembantu :
1) Puan Natasha Noremilia binti Othman
Telah selesai Kursus Cookies Celup yang disertai seramai 22 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Rompin, Endau, dan Muadzam Shah.
Diakhir kursus peserta telah dapat mempelajari cara untuk menghasilkan 4 jenis cookies iaitu vanilla cookies, red velvet cookies, green tea cookies dan dark chocolate cookies serta dapat menyediakan 3 jenis topping coklat yang disukai.
Diharapkan Kursus Pendek Junior V.3 ini dapat memanfaat masa anak-anak dengan ilmu kemahiran sepanjang cuti sekolah.