Telah selesai KURSUS PENDEK JUNIOR V.4: FUN INDOOR GAME ART & CRAFT melibatkan 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah sekitar Kuala Rompin. Hasil pembelajaran kursus, peserta telah didedahkan dengan aktiviti yang mampu merangsang psikomotor serta kemampuan kendiri di samping berkeyakinan dalam melaksanakan aktiviti yang menggunakan daya kreativiti masing-masing.
Selain itu, peserta juga dapat memahami nilai-nilai murni dengan penerapan elemen-elemen seperti kerjasama, tolak ansur, berusaha dan bersatu padu sepanjang kursus berlangsung.
🗓 Tarikh : 28 Mei 2024 (Selasa)
🕰 Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
🔑 Tempat : Dewan Seminar, Kolej Komuniti Rompin
🗣 Penceramah:
1) En. Mohd Juwahir bin Pa’iman
2) Pn. Mastura binti Mastor
👥 Pensyarah Pembantu :
1) Pn. Nordiyana binti Mohd. Rani