Perhimpunan ini adalah hasil kerjasama di antara Unit Pembangunan Pelajar dan Unit Peperiksaan dan Penilaian bagi menjayakan penyerahan Sijil Anugerah Pengarah Pelajar Cemerlang Sesi I 2023/2024. Seramai 20 orang pelajar semester 3 yang terdiri daripada 18 pelajar program Sijil Kulinari (SKU) dan 2 pelajar daripada program Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU). Pada masa yang sama, turut diadakan penyerahan sijil dan medal kepada pelajar yang menyertai pertandingan bola tampar.
Selain daripada penyerahan sijil cemerlang kepada para pelajar, taklimat akademik dan peperiksaan turut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik dan Pegawai Peperiksaan. Di samping itu, terdapat juga persembahan oleh para pelajar kelas SKU 1. Pelajar bernama Nurafiqah Alyaa binti Muhammed Yazid daripada Sijil Kulinari semester 3 telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi semester 2 sesi lepas.
𝐊𝐊𝐑𝐏: 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝.𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐬𝐢𝐟.𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟
TARIKH : 24 Mei 2024
TEMPAT : Dewan Seminar, KKRP