𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍
Tarikh: 20 Jun 2024 bersamaan 13 Zulhijjah 1445H
Tempat: Padang, Kolej Komuniti Rompin
Pada 20 Jun 2024 bersamaan 13 Zulhijjah 1445H telah berlangsung Program Ibadah Korban Perdana anjuran Kolej Komuniti Rompin dengan Kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Pahang. Objektif program ini dianjurkan adalah untuk meraikan hari perayaan yang diraikan oleh umat islam di seluruh dunia sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim serta peluang untuk merasai nikmat berbagi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
Sebanyak dua ekor lembu dari Kolej Komuniti Rompin dan satu ekor lembu sumbangan YaPEIM telah dikorbankan dan hasil daging tersebut diagihkan kepada pihak-pihak penerima yang memerlukan. Turut hadir juga pihak YaPEIM bagi menyaksikan proses kerja penyembelihan berlaku.
Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan KKRP yang telah bertungkus lumus dalam memastikan Program Ibadah Korban Perdana pada kali ini berjalan dengan lancar.
𝐊𝐊𝐑𝐏: 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐊𝐨𝐦𝐢𝐭𝐞𝐝.𝐑𝐞𝐬𝐩𝐨𝐧𝐬𝐢𝐟.𝐏𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟