PROGRAM UPAYA BAKAT 2024
KKRP RTE PROJECT (READY TO EAT FOOD (SIRI 4)





Pn. Samihatunnadzirah binti Sulaiman
Hari ke-4 Kursus RTE (Ready To Eat Food) anjuran Kolej Komuniti Rompin ini telah dihadiri oleh seramai 15 orang peserta yang terpilih untuk mengikuti program ini. Peserta terdiri daripada pengusaha serta peniaga industri makanan & minuman sekitar Daerah Rompin, Muadzam Shah, Bukit Ibam, Felda Keratong & Temerloh.
Pada siri ini, para peserta telah didedahkan dengan teknik & kaedah pemasaran digital melalui aplikasi Tiktok. Para peserta telah diberikan pendedahan dalam menghasilkan content yang baik serta mampu menarik minat pelanggan utk membeli produk yg dihasilkan.
Antara pengisian kursus adalah :
* Tiktok Live & Content Creation
* Video Editing
* Business Pitching
* Tiktok Shop & Affiliate

Diharapkan ilmu yang dikongsi dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran, mengembangkan perniagaan sedia ada dan menjana pendapatan.