TVET@ MASJID: KURSUS JAHITAN KURTA KANAK-KANAK
🗓 Tarikh : 25 MEI 2024
⏰Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
🏠Tempat : Bilik Jahitan, Kolej Komuniti Rompin
🧕Pengajar : Pn Noor Syahida Nadia binti Mohamed Mokhtar
🦚 Pensyarah Pembantu :
Pn Nor Fadzilah binti Yaacob
Pn Suhana binti Setu
Kursus Jahitan Kurta ini dilaksanakan dengan kerjasama Masjid Tengku Ampuan Afzan Bandar Satelit, Muadzam Shah di mana 70% yuran peserta ditaja oleh pihak Masjid Satelit. Kursus ini dihadiri oleh 10 orang peserta sekitar daerah Rompin dan Muadzam Shah.
Peserta telah didedahkan dengan cara membuat pola kurta, cara potongan pada kain, teknik jahitan yang kemas dan mudah untuk menghasilkan baju kurta dengan jahitan yang kemas. Tenaga pengajar kursus ialah Pn Noor Syahida Nadia yang berpengalaman mengenalikan pelbagai kelas jahitan kepada komuniti.
Diharapkan ilmu yang dikongsi dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran, mengembangkan perniagaan sedia ada dan menjana pendapatan.